Dalam kuliah minggu ini, pensyarah kita telah membincang
kembali tajuk-tajuk yang dibincang pada minggu yang lepas dan membuat rumusan
yang padat dan ringkas. Kita sebagai ‘Spiritual Being’, kita mempunyai spiritual untuk hidup
lebih baik daripada seorang yang hanya menjadi orang yang sia-sia sahaja. Seseorang
yang mempunyai spiritual bermaksud mempunyai roh yang boleh diwujudkan
selama-lamanya walaupun kita sudah meninggal dunia.
Selain itu, pensyarah kita juga menerangkan bahawa
fikiran kita sentiasa memikirkan perkara mengenai ‘Past’ dan ‘Future’. Contohnya,
kita akan sentiasa mengimbas kembali kenangan-kenangan semasa kecil. Di samping
itu, kita akan sentiasa memikirkan perkara ‘Future’ , seperti “ Makan apa untuk
makanan tengah hari saya?”.
Kesimpulannya, banyak ilmu pengetahuan telah saya
pelajari menerusi Kecerdasan Emosi. Ajaran daripada pensyarah saya amat hargai.
No comments:
Post a Comment