Wednesday, 12 September 2012

Seni - Acra Stabil


Dalam kerja kursus seni, kami juga dihendaki untuk menghasilkan acra stabil. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah arca stabil ialah ‘Plaster of Paris’. Oleh disebabkan arca stabil susah  dihasilkan, pensyarah kita telah memberi penerangan yang secukupnya kepada kami sebelum memulakan proses penghasilan acra stabil kita masing-masing. Tema yang diberi untuk menghasilkan acara stabil ialah kemanusiaan. Oleh itu, kami bermula dengan membuat lakaran yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selepas itu, kami dihendaki mengukir bentuk dalam lakaran masing-masing. Dalam proses penghasilan, pensyarah kita banyak memberi nasihat dan bantuan untuk kami menghasilkan acra stabil kita.
            Dalam penghasilan acra stabil saya, banyak masalah telah saya hadapi. Semasa kami membancuh bahan mentah tersebut, kami menghadapi masalah mengenai ‘Plaster of Paris’ tidak boleh berbeku. Selepas mendapat pengalaman, kami berjaya membancuh ‘Plaster of Paris dengan jayanya. Selain itu, semasa saya mengukir acra stabil saya, acra saya telah dipecah kepada dua belah. Tetapi, dengan bantuan dari kawan saya acra stabil saya berjaya dihasilkan.  Namun, saya berasa bersyukur saya dapat menghasilkan acra stabil saya dalam masa yang ditetapkan. Menerusi penghasilan acra stabil, saya dapat mengaplikasikan kreativiti saya untuk menghasilkan acra yang berlainan dengan orang lain. Dalam penghasilan acra, saya dapat menyelesaikan masalah atau cabaran dengan rasional dan tabah. Untuk menghasilkan acra stabil, kami telah mengorbankan masa kita unutk menghasilkan acra stabil masing-masing. Saya akan menghargai peluang ini kerana ini merupakan pengalaman yang baru untuk saya menghasillan acra tersendiri walaupun menghadapi banyak masalah. Saya berasa seronok sepanjang proses penghasilan acra ini. 

No comments:

Post a Comment