SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
Saya ucapkan kepada semua kaum Melayu dan rakan -rakan saya.
Suasana menyambut Hari Raya dapat saya rasai kerana kampus kita telah menyambut perayaan ini dengan berbagai aktiviti, seperti majlis Buka Puasa untuk semua warga kampus kita. Semua warga kampus kita dapat menyambut perayaan ini bersama-sama dengan meriah.
Sempena sambutan Hari Raya Adilifitri, semua orang dapat balik ke kampung beraya dengan keluarga dan saudara-mara masing-masing. Di bus station, dapatlah kita melihat ramai orang menunggu untuk pulang ke kampung untuk menyambut perayaan dengan keluarga tidak mengira kaum.
Sempena Hari Raya, dapatlah saya pulang ke rumah saya untuk menyambut perayaan dngan keluarga saya.
Sempena Hari Raya, saya dapat mendengar and melihat mercun pada waktu malam yang indah. Saya juga berkunjung rumah rakan yang berumat Islam untuk menyambut perayaan dengan mereka. Dengan ini, saya juga dapat menikmati kuih-muih dan hidangan yang lazat.
No comments:
Post a Comment