Dalam kuliah Kecergasan
Emosi, pensyarah kami telah memperkenalkan IQ, EQ, dan SQ yang merangkumi dalam
seorang insan. Tuhan telah mencipta insan yang berbeza dari segi fikiran,
perasaan dan tahap IQ,SQ, dan EQ yang berbeza dalam dunia ini.
INSAN
|
HARDWARE
|
SOFTWARE
|
IQ
|
Otak
|
Fikiran
|
EQ
|
Jantung
|
Perasaan
|
SQ
|
DNA
|
Spiritual
|
Dengan rajah di atas, pensyarah
telah menjelaskan konsep IQ, EQ, dan SQ
kepada kami berhubung dengan hardware dan software computer agar kami lebih
memahami.
IQ ialah kecerdasan minda dalam
seseorang insan, dan dapat meningkat menerusi proses pembelajaran seperti ilmu
pengetahuan, bakat dan lain-lain. EQ ialah kecerdasan emosi dalam manusia. EQ
seseoarang insan haruslah mempunyai pengawalan yang baik agar dapat membentuk sahsiah diri yang baik
dalam kehidupan seharian. SQ dimaksudkan
dengan kecerdasan jiwa yang berkaitan dengan agama masing-masing. SQ ialah
kecerdasan yang dilahirkan dari hati seorang insan.
Dalam kuliah ini, pensyarah menerangkan
bahawa kita ialah ‘Spiritual Being’ yang dicipta oleh Tuhan. Hal ini demikian
kerana seseorang insan bukan sahaja mempunyai tubuh, maka mempunyai fikiran
yang luar biasa, roh dan perasaan sendiri. ‘Human Being’ hanya sekadar mempunyai
badan atau jasad sahaja, hanya hidup di bumi untuk keperluan air, makanan dan
udara. Oleh itu, saya dapat membezakan antara ‘Spiritual Being’ dan ‘Human Being’.
Kesimpulannya, kita ialah Spiritual
Being yang dicipta oleh Tuhan yang merangkumi tahap IQ, EQ, dan SQ yang
berbeza.
No comments:
Post a Comment