Menerusi video yang dipilih telah menceritakan seorang
datuk yang sakit dan menghadapi masalah
dalam pengerakan terpaksa sentiasa duduk di atas kerusi roda ditempatkan di
rumah anaknya selepas keluar dari hospital. Semasa di rumah, datuk itu telah
menimbulkan banyak masalah kepada anaknya dan menantunya seperti memecahkan
cawan, menumpahkan makanan, dan lain-lain. Selepas itu, mereka telah
menempatkan datuk itu di tempat yang khas dengan menyediakan tempat makan
untuknya. Hal ini telah mengabaikan datuk itu dari semasa ke semasa. Cucunya
sentiasa menyindir datuk itu. Pada suatu hari, cucunya telah menyatakan kepada
anaknya bahawa akan melayan mereka seperti mereka melayan datuk itu. Pada masa
tersebut, anaknya sedar bahawa dia telah mengabaikan datuk itu dan memohon maaf
dengan datuk itu.
Melalui video
tersebut, datuk itu berasa susah hati apabila anaknya mengabaikannya kerana dia
telah banyak membawa masalah kepada anaknya. Datuk itu juga berasa kecewa
kerana anaknya menyalahkannya atas masalah yang telah ditimbul disebabkannya
dan tidak memahami perasaan datuk itu yang sakit serta mengalami kesusahan
dalam pergerakan. Selain itu, anaknya berasa beban untuk menjaga datuk itu yang
memberi masalah yang banyak untuknya. Malahan, suaminya juga tidak suka akan
kedatangan datuk itu yang menbebankan telah memberikan tekanan atau bebanan
kepada isterinya.
Sekiranya
saya sebagai datuk itu dalam video itu, saya berasa duka cita kerana telah
banyak membawa masalah kepada anaknya. Saya juga kecewa bahawa anaknya tidak
memahami keadaan datuk itu yang menghadpi masalah dalam pengerakan kerana sudah
tua. Oleh itu, tindakan yang akan saya ambil sebagai datuk itu adalah bercakap
dengan anaknya mengenai kesusahannya dan mengharapkan ahli-ahli keluarga dapat memahami dia yang
sudah tua. Selain itu, seandainya saya sebagai anaknya, saya haruslah
meluangkan lebih masa untuk menjaga datuk itu dengan penuh kasih sayang walaupun
datuk itu telah menimbulkan banyak masalah kepadanya. Saya tidak akan berasa
susah hati atas menjaga datuk itu kerana itu tanggungjawab seorang anak terhadap
bapa yang tua dan bukan mengabaikannya. Jika saya sebagai suaminya, saya akan
menolong isterinya untuk menjaga datuk itu dengan rela dan penuh kasih sayang.
Dari segi perspektif kompetensi EQ
personal dan sosial, kita
haruslah menyayangi ibu bapa kita,terutamanya ketika mereka tua dan tiada
mempunyai apa-apa kecuali anak- anak mereka yang telah dibesarkan oleh mereka
semenjak kecil. Hal ini demikian, sayang ibu bapa kita kepada anaknya adalah
sepanjang jalan atau tanpa batasan. Sebagai ibu bapa haruslah memberi teladan yang baik untuk anak-anak agar
tidak mengulangi kesalahan yang dibuat kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Yang pentingnya, jangan lakukan perkara ini terhadap ibubapa kami,
nescaya esok anak-anak kami akan melakukan perkara yang sama. Sayangilah ibu
bapa kami sebelum terlambat atau menyesal. Sementara mereka masih ada, buatlah
apa-apa yang sepatut dilaksanakan sebagai seorang anak yang taat dan baik.
Sebagai anak haruslah menjaga ibubapa kita terutamanya ketika mereka dalam
keadaan sakit atau berpenyakit dan bukan mengabaikan mereka tanpa mengambil
berat perkara tentang meraka. Ibubapa kita akan berasa terharu jika kami sentiasa
menjaga dan menyayangi mereka. Oleh itu, pepatah kata Melayu sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan SAYANGILAH ORANG TUA KITA.
Kesimpulannya,
video ini telah memberikan kesedaran kepada kita agar menyayangi orang tua kita tidak mengira
mereka dalam keadan sihat atau sakit. Sayanglah orang tua kita seperti mereka
menyayangi kita. Akhirnya, bagaimana kita melayani orang tua kita akan
mencerminkan bagaimana anak-anak kami melayani kita pada masa depan.
No comments:
Post a Comment