Saya berasa simpati terhadap perempuan tersebut kerana tidak orang ingin memberi tempat duduk khas kepadanya apabila dia menaiki bus. Orang-orang yang duduk di tempat khas itu haruslah sedar bahawa tempat itu adalah disediakan untuk OKU dan mereka harus berasa simpati apabila melihat perempuan itu mencari tempat duduk. Masyarakat kini haruslah bersimpati terhadap OKU dan membantu mereka semasa mereka dalam kesusahan. Masyarakat kini haruslah memupuk nilai kasih sayang dan bersimpati terhadap mereka.
Sunday, 5 August 2012
Simpati
Pada hari Rabu yang lepas, saya dan kawan - kawan saya bercadang untuk pergi ke Mid Valley dengan menaiki Bas RapidKL. Selepas saya menaiki bus tersebut, saya telah melihat seorang perempuan yang kurang upaya dengan tongkatnya menaiki bus yang sama dengan saya. Selepas perempuan itu menaiki bus, dia ingin mencari tempat duduk yang disediakan untuk keutamaan orang kurang upaya. Tetapi, pada ketika itu, tempat yang disediakan untuk OKU telah diduduki oleh orang lain yang tidak masalah dari segi fizikal. Dengan tidak pilihan yang lain, perempuan itu terpaksa menaik tangga dengan susah untuk mencari tempat duduk. Perempuan itu berasa kecewa terhadap orang tersebut yang duduk di tempat khas yang disediakan kerana tidak berasa simpati terhadapnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment