Sunday, 5 August 2012

Wau Tradisional


Wau ialah salah satu tajuk tugasan harus dilaksanakan dalam kerja kursus Pendidikan Seni Visual untuk semester ini. Pensyarah  kami menyuruh kami untuk mencipta satu wau tradisional secara individu untuk kerja kursus tersebut. Dengan ini, saya dihendaki mencari maklumat- maklumat mengenai wau untuk menghasilkan wau sendiri. Pensyarah kita telah memberi penerangan yang jelas kepada kami agar kami dapat menghasilkan wau tradisional dengan sempurana.

Oleh itu, saya telah mempelajari beberapa jenis wau tradisional yang ada seperti wau bulan, wau kucing, wau merak dan sebagainya. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menghasilkan Wau Bulan dalam kerja kursus ini. Banyak lagi perkara yang harus dipertimbangkan untuk membuat wau seperti pemilihan bahan-bahan mentah, corak pada wau dan lain-lain. Hal ini demikian, saya berpeluang untuk mengenai atau mempelajari untuk membuat wau. Penghasilan sebuah wau yang baik amat susah dan memerlukan masa yang panjang. Saya berharap dapat menghasilkan sebuah wau tradisional dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

Dalam proses menghasilkan wau bulan, saya berasa seronok mendapat peluang ini untuk memahami wau tradisional ini secara mendalam. Selain itu, dalam proses penghasilkan wau bermula dari membuat rangka sehingga wau bulan yang sempurna, sifat kesabaran dan ketelitian amat diperlukan. Dengan ini, saya dapat menguji tahap kesabaran yang melalui penghasilan wau bulan. Saya amat bersyukur  dapat memahami tradisi yang telah diwariskan secara turun-temurun. Saya berharap semua orang dapat menghargai wau tradisional yang diwarisi.

No comments:

Post a Comment