Sunday, 5 August 2012

Permainan Tradisional


Refleksi Mingguan 4 pada 15/8/2012 ( Permainan Tradisional)
Dalam semester ini, saya telah memilih permainan tradisional dalam GERKO saya. Melalui permainan tradisional,  saya dapat mengenai beberapa permainan tradisional seperti baling tin, congkak, musang menangkap anak ayam, gasing, galah panjang, ketinging dan sebagainya. Selain itu, kami dihendaki mencari permainan tradisional yang lain sebagai kerja kursus kami supaya kami lebih mengenai permainan tradisional. Dengan ini, saya berpeluang untuk memahami berbagai-bagai jenis permainan tradisional yang ada di Malaysia. Demi menyiapkan kerja  kursus ini, kumpulan saya telah memilih ketingting dan pukul lalat untuk membuat pembentangan kepada orang ramai. Menerusi penyediaan bahan pembentangan, saya telah mendapat banyak maklumat tentang permainan tradisional tersebut.

Semasa GERKO, kami berpeluang bermain permainan seperti Baling Tin, Congkak  dan lain-lain. Semua orang melibatkan diri dalam permainan tersebut supaya kami dapat lebih mengenai permainan tradisional secara bermain. Sesetengah permainan belum saya main dahulu iaitu, Baling Tin merupakan pengalaman yang baik bagi saya. Untuk kerja kursus, saya telah mencari bahan melalui buku dan laman internet. Dengan ini, saya lebih mengenai permainan tradisional yang lain.Permainan Tradisional telah memberi peluang saya  mengenai maklumat yang lanjut tentangnya.Permainan Tradisional juga telah mengimbas kembali kenangan saya semasa kecil bermain permainan tradisional dengan kawan-kawan saya. Melalui permainan tradisional, saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari untuk mengajar murid-murid saya semasa pratikum. Selain itu, semangat bekerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk menerusi permain tradisional ini. Saya berasa bersyukur dapat memahami permainan tradisional di Malaysia secara mendalam. Saya berasa seronok apabila melibatkan diri dalam permainan tradisional yang disediakan oleh kumpulan yang lain.

No comments:

Post a Comment