Saya telah mengambil Pendidikan Seni Visual dalam sukatan
pelajaran sepanjang PPISMP ini. Oleh itu, dalam semester ini kami akan belajar
untuk membuat arca dalam Pendidikan Seni Visual ini. Terdapat pelbagai jenis
arca yang akan kami pelajari dalam semester ini. Pada mulanya, pensyarah kami
menyuruh kami untuk membuat arca mobil, iaitu objek yang mempunyai 3 demensi
yang boleh bergerak selepas mendapat penerangan daripada pensyarah. Pensyarah
kami meminta kami membuat arca mobil dengan menggunakan bahan terbuang. Tugasan
yang diberi adalah dalam kumpulan. Oleh itu, kumpulan saya memilih
batang ais krim sebagai bahan terpilih kami.
Dalam
proses tersebut, kami telah menghadapi pelbagai masalah seperti melekat
batang-batang ais-krim dengan kukuh. Oleh itu, kami telah menggunakan 'super
glue' untuk melekat batang- batang aiskrim. Akhirnya, kumpulan saya berjaya mencipta
satu acra moboil dengan menggunakan batang ais -krim. Sepanjang proses
tersebut, kami telah mengaplikasikan daya kreativiti masing-masing untuk
mencipta arca tersebut. Melalui proses tersebut, kami banyak menggunakan bahan
terbuang di sekeliling kami untuk mencipta arca tersebut. Dengan ini, kami
dapat mengitar semula bahan terbuang kami. Saya berasa bersyukur dapat
menghasilkan arca moboil ini
dengan jayanya. Saya berharap dapat mempelajari seni secara mendalam. Saya
berasa gembira dapat mengitar semula bahan terbuang dengan berfaedah untuk
menghasilkan seni rekaaan yang cantik ini. Hal ini demikian, dalam pemprosesan acra ini bukan sahaja dapat mengitar semula
bahan terbuang, maka dapat menghasilkan hasil rekaan yang cantik.
No comments:
Post a Comment