Sunday, 5 August 2012
Permainan Tradisional
Refleksi
Mingguan 4 pada 15/8/2012 ( Permainan Tradisional)
Dalam semester ini, saya telah memilih
permainan tradisional dalam GERKO saya. Melalui permainan tradisional,
saya dapat mengenai beberapa permainan tradisional seperti baling tin,
congkak, musang menangkap anak ayam,
gasing, galah panjang, ketinging dan sebagainya. Selain itu, kami dihendaki mencari
permainan tradisional yang lain sebagai kerja kursus kami supaya kami lebih
mengenai permainan tradisional. Dengan
ini, saya berpeluang untuk memahami berbagai-bagai jenis permainan tradisional
yang ada di Malaysia. Demi menyiapkan kerja
kursus ini, kumpulan saya telah memilih ketingting dan pukul lalat untuk
membuat pembentangan kepada orang ramai. Menerusi penyediaan bahan
pembentangan, saya telah mendapat banyak maklumat tentang permainan tradisional
tersebut.
Semasa
GERKO, kami berpeluang bermain permainan seperti Baling Tin, Congkak dan
lain-lain. Semua orang melibatkan diri dalam permainan tersebut supaya kami
dapat lebih mengenai permainan tradisional secara bermain. Sesetengah permainan
belum saya main dahulu iaitu, Baling Tin merupakan pengalaman yang baik bagi
saya. Untuk kerja kursus, saya telah mencari bahan melalui buku dan laman
internet. Dengan ini, saya lebih mengenai permainan tradisional yang
lain.Permainan Tradisional telah memberi peluang saya mengenai maklumat
yang lanjut tentangnya.Permainan Tradisional juga telah mengimbas kembali
kenangan saya semasa kecil bermain permainan tradisional dengan kawan-kawan
saya. Melalui permainan
tradisional, saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari untuk mengajar
murid-murid saya semasa pratikum. Selain itu, semangat bekerjasama antara satu
sama lain dapat dipupuk menerusi permain tradisional ini. Saya berasa bersyukur
dapat memahami permainan tradisional di Malaysia secara mendalam. Saya berasa
seronok apabila melibatkan diri dalam permainan tradisional yang disediakan
oleh kumpulan yang lain.
Wau Tradisional
Wau ialah salah satu tajuk tugasan harus
dilaksanakan dalam kerja kursus Pendidikan Seni Visual untuk semester ini.
Pensyarah kami menyuruh kami untuk mencipta satu wau tradisional secara
individu untuk kerja kursus tersebut. Dengan ini, saya dihendaki mencari
maklumat- maklumat mengenai wau untuk menghasilkan wau sendiri. Pensyarah kita telah memberi penerangan yang jelas
kepada kami agar kami dapat menghasilkan wau tradisional dengan sempurana.
Oleh itu, saya telah mempelajari beberapa
jenis wau tradisional yang ada seperti wau bulan, wau kucing, wau merak dan
sebagainya. Akhirnya, saya membuat
keputusan untuk menghasilkan Wau Bulan dalam kerja kursus ini. Banyak lagi perkara yang
harus dipertimbangkan untuk membuat wau seperti pemilihan bahan-bahan mentah,
corak pada wau dan lain-lain. Hal ini demikian, saya berpeluang untuk mengenai
atau mempelajari untuk membuat wau. Penghasilan sebuah wau yang baik amat susah
dan memerlukan masa yang panjang. Saya berharap dapat menghasilkan sebuah wau
tradisional dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dalam proses menghasilkan wau bulan, saya berasa seronok mendapat
peluang ini untuk memahami wau tradisional ini secara mendalam. Selain itu,
dalam proses penghasilkan wau bermula dari membuat rangka sehingga wau bulan
yang sempurna, sifat kesabaran dan ketelitian amat diperlukan. Dengan ini, saya
dapat menguji tahap kesabaran yang melalui penghasilan wau bulan. Saya amat
bersyukur dapat memahami tradisi yang
telah diwariskan secara turun-temurun. Saya berharap semua orang dapat
menghargai wau tradisional yang diwarisi.
Simpati
Pada hari Rabu yang lepas, saya dan kawan - kawan saya bercadang untuk pergi ke Mid Valley dengan menaiki Bas RapidKL. Selepas saya menaiki bus tersebut, saya telah melihat seorang perempuan yang kurang upaya dengan tongkatnya menaiki bus yang sama dengan saya. Selepas perempuan itu menaiki bus, dia ingin mencari tempat duduk yang disediakan untuk keutamaan orang kurang upaya. Tetapi, pada ketika itu, tempat yang disediakan untuk OKU telah diduduki oleh orang lain yang tidak masalah dari segi fizikal. Dengan tidak pilihan yang lain, perempuan itu terpaksa menaik tangga dengan susah untuk mencari tempat duduk. Perempuan itu berasa kecewa terhadap orang tersebut yang duduk di tempat khas yang disediakan kerana tidak berasa simpati terhadapnya.
Saya berasa simpati terhadap perempuan tersebut kerana tidak orang ingin memberi tempat duduk khas kepadanya apabila dia menaiki bus. Orang-orang yang duduk di tempat khas itu haruslah sedar bahawa tempat itu adalah disediakan untuk OKU dan mereka harus berasa simpati apabila melihat perempuan itu mencari tempat duduk. Masyarakat kini haruslah bersimpati terhadap OKU dan membantu mereka semasa mereka dalam kesusahan. Masyarakat kini haruslah memupuk nilai kasih sayang dan bersimpati terhadap mereka.
seni- arca moboil
Saya telah mengambil Pendidikan Seni Visual dalam sukatan
pelajaran sepanjang PPISMP ini. Oleh itu, dalam semester ini kami akan belajar
untuk membuat arca dalam Pendidikan Seni Visual ini. Terdapat pelbagai jenis
arca yang akan kami pelajari dalam semester ini. Pada mulanya, pensyarah kami
menyuruh kami untuk membuat arca mobil, iaitu objek yang mempunyai 3 demensi
yang boleh bergerak selepas mendapat penerangan daripada pensyarah. Pensyarah
kami meminta kami membuat arca mobil dengan menggunakan bahan terbuang. Tugasan
yang diberi adalah dalam kumpulan. Oleh itu, kumpulan saya memilih
batang ais krim sebagai bahan terpilih kami.
Dalam
proses tersebut, kami telah menghadapi pelbagai masalah seperti melekat
batang-batang ais-krim dengan kukuh. Oleh itu, kami telah menggunakan 'super
glue' untuk melekat batang- batang aiskrim. Akhirnya, kumpulan saya berjaya mencipta
satu acra moboil dengan menggunakan batang ais -krim. Sepanjang proses
tersebut, kami telah mengaplikasikan daya kreativiti masing-masing untuk
mencipta arca tersebut. Melalui proses tersebut, kami banyak menggunakan bahan
terbuang di sekeliling kami untuk mencipta arca tersebut. Dengan ini, kami
dapat mengitar semula bahan terbuang kami. Saya berasa bersyukur dapat
menghasilkan arca moboil ini
dengan jayanya. Saya berharap dapat mempelajari seni secara mendalam. Saya
berasa gembira dapat mengitar semula bahan terbuang dengan berfaedah untuk
menghasilkan seni rekaaan yang cantik ini. Hal ini demikian, dalam pemprosesan acra ini bukan sahaja dapat mengitar semula
bahan terbuang, maka dapat menghasilkan hasil rekaan yang cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)