Wednesday, 12 September 2012

Seni - Acra Stabil


Dalam kerja kursus seni, kami juga dihendaki untuk menghasilkan acra stabil. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah arca stabil ialah ‘Plaster of Paris’. Oleh disebabkan arca stabil susah  dihasilkan, pensyarah kita telah memberi penerangan yang secukupnya kepada kami sebelum memulakan proses penghasilan acra stabil kita masing-masing. Tema yang diberi untuk menghasilkan acara stabil ialah kemanusiaan. Oleh itu, kami bermula dengan membuat lakaran yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selepas itu, kami dihendaki mengukir bentuk dalam lakaran masing-masing. Dalam proses penghasilan, pensyarah kita banyak memberi nasihat dan bantuan untuk kami menghasilkan acra stabil kita.
            Dalam penghasilan acra stabil saya, banyak masalah telah saya hadapi. Semasa kami membancuh bahan mentah tersebut, kami menghadapi masalah mengenai ‘Plaster of Paris’ tidak boleh berbeku. Selepas mendapat pengalaman, kami berjaya membancuh ‘Plaster of Paris dengan jayanya. Selain itu, semasa saya mengukir acra stabil saya, acra saya telah dipecah kepada dua belah. Tetapi, dengan bantuan dari kawan saya acra stabil saya berjaya dihasilkan.  Namun, saya berasa bersyukur saya dapat menghasilkan acra stabil saya dalam masa yang ditetapkan. Menerusi penghasilan acra stabil, saya dapat mengaplikasikan kreativiti saya untuk menghasilkan acra yang berlainan dengan orang lain. Dalam penghasilan acra, saya dapat menyelesaikan masalah atau cabaran dengan rasional dan tabah. Untuk menghasilkan acra stabil, kami telah mengorbankan masa kita unutk menghasilkan acra stabil masing-masing. Saya akan menghargai peluang ini kerana ini merupakan pengalaman yang baru untuk saya menghasillan acra tersendiri walaupun menghadapi banyak masalah. Saya berasa seronok sepanjang proses penghasilan acra ini. 

Refleksi kuliah 8/8/2012


Dalam kuliah minggu ini, pensyarah kita telah membincang kembali tajuk-tajuk yang dibincang pada minggu yang lepas dan membuat rumusan yang padat dan ringkas.  Kita sebagai ‘Spiritual  Being’, kita mempunyai spiritual untuk hidup lebih baik daripada seorang yang hanya menjadi orang yang sia-sia sahaja. Seseorang yang mempunyai spiritual bermaksud mempunyai roh yang boleh diwujudkan selama-lamanya walaupun kita sudah meninggal dunia.

Selain itu, pensyarah kita juga menerangkan bahawa fikiran kita sentiasa memikirkan perkara mengenai ‘Past’ dan ‘Future’. Contohnya, kita akan sentiasa mengimbas kembali kenangan-kenangan semasa kecil. Di samping itu, kita akan sentiasa memikirkan perkara ‘Future’ , seperti “ Makan apa untuk makanan tengah hari saya?”.

Kesimpulannya, banyak ilmu pengetahuan telah saya pelajari menerusi Kecerdasan Emosi. Ajaran daripada pensyarah saya amat hargai.

Refleksi Kuliah 1/8/2012



INSAN
FUNGSI
IQ
What do I think?
EQ
What do I feel?
SQ
Who am I?

Dalam kuliah yang lalu, saya telah mempelajari bahawa IQ, EQ, dan SQ boleh dibahagi kepada SADAR dan SEPARA SADAR.  Oleh itu, IQ ialah fikiran seseorang untuk memikir sesuatu (What do I Think?) dalam keadaan SADAR. Manakala, EQ dan SQ dalam keadaan SEPARA SADAR. Dalam keadaan SEPARA SADAR merangkumi perasaan (What do I feel?) dan roh (Who am I?) pada seseorang manusia.

Antara SADAR dan SAPARA SADAR, terdapat satu ‘ FILTER’ yang berfungsi sebagai penapis atau pemeriksa untuk menerima dan menolak sesuatu perkara. Bagi kanak-kanak sebelum 7 tahun, mereka  tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mereka akan menerima apa-apa sahaja yang dialami. Hal ini demikian, apa yang mereka alami akan sebagai panduan untuk mereka pada dewasa. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi teladan yang baik untuk mereka kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.






Refleksi kuliah pada 25/7/2012

Dalam kuliah Kecergasan Emosi, pensyarah kami telah memperkenalkan IQ, EQ, dan SQ yang merangkumi dalam seorang insan. Tuhan telah mencipta insan yang berbeza dari segi fikiran, perasaan dan tahap IQ,SQ, dan EQ yang berbeza  dalam dunia ini.

INSAN
HARDWARE
SOFTWARE
IQ
Otak
Fikiran
EQ
Jantung
Perasaan
SQ
DNA
Spiritual

Dengan rajah di atas, pensyarah telah  menjelaskan konsep IQ, EQ, dan SQ kepada kami berhubung dengan hardware dan software computer agar kami lebih memahami.
IQ ialah kecerdasan minda dalam seseorang insan, dan dapat meningkat menerusi proses pembelajaran seperti ilmu pengetahuan, bakat dan lain-lain. EQ ialah kecerdasan emosi dalam manusia. EQ seseoarang insan haruslah mempunyai pengawalan yang baik  agar dapat membentuk sahsiah diri yang baik dalam kehidupan seharian.  SQ dimaksudkan dengan kecerdasan jiwa yang berkaitan dengan agama masing-masing. SQ ialah kecerdasan yang dilahirkan dari hati seorang insan.
Dalam kuliah ini, pensyarah menerangkan bahawa kita ialah ‘Spiritual Being’ yang dicipta oleh Tuhan. Hal ini demikian kerana seseorang insan bukan sahaja mempunyai tubuh, maka mempunyai fikiran yang luar biasa, roh dan perasaan sendiri. ‘Human Being’ hanya sekadar mempunyai badan atau jasad sahaja, hanya hidup di bumi untuk keperluan air, makanan dan udara. Oleh itu, saya dapat membezakan antara  ‘Spiritual Being’ dan ‘Human Being’.
Kesimpulannya, kita ialah Spiritual Being yang dicipta oleh Tuhan yang merangkumi tahap IQ, EQ, dan SQ yang berbeza.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Saya ucapkan kepada semua kaum Melayu dan rakan -rakan saya.
Suasana  menyambut Hari Raya dapat saya rasai kerana kampus kita telah menyambut perayaan ini dengan berbagai aktiviti, seperti majlis Buka Puasa untuk semua warga kampus kita. Semua warga kampus kita dapat menyambut perayaan ini bersama-sama dengan meriah.

Sempena sambutan Hari Raya Adilifitri, semua orang dapat balik ke kampung beraya dengan keluarga dan saudara-mara masing-masing. Di bus station, dapatlah kita melihat ramai orang menunggu untuk pulang ke kampung untuk menyambut perayaan dengan keluarga tidak mengira kaum.

Sempena Hari Raya, dapatlah saya pulang ke rumah saya untuk menyambut perayaan dngan keluarga saya.
Sempena Hari Raya, saya dapat mendengar and melihat mercun pada waktu malam yang indah. Saya juga berkunjung rumah rakan yang berumat Islam untuk menyambut perayaan dengan mereka. Dengan ini, saya juga dapat menikmati kuih-muih dan hidangan yang lazat.


Sunday, 5 August 2012

Video Iklan- Syangi orang Tua Kita

http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related


Permainan Tradisional


Refleksi Mingguan 4 pada 15/8/2012 ( Permainan Tradisional)
Dalam semester ini, saya telah memilih permainan tradisional dalam GERKO saya. Melalui permainan tradisional,  saya dapat mengenai beberapa permainan tradisional seperti baling tin, congkak, musang menangkap anak ayam, gasing, galah panjang, ketinging dan sebagainya. Selain itu, kami dihendaki mencari permainan tradisional yang lain sebagai kerja kursus kami supaya kami lebih mengenai permainan tradisional. Dengan ini, saya berpeluang untuk memahami berbagai-bagai jenis permainan tradisional yang ada di Malaysia. Demi menyiapkan kerja  kursus ini, kumpulan saya telah memilih ketingting dan pukul lalat untuk membuat pembentangan kepada orang ramai. Menerusi penyediaan bahan pembentangan, saya telah mendapat banyak maklumat tentang permainan tradisional tersebut.

Semasa GERKO, kami berpeluang bermain permainan seperti Baling Tin, Congkak  dan lain-lain. Semua orang melibatkan diri dalam permainan tersebut supaya kami dapat lebih mengenai permainan tradisional secara bermain. Sesetengah permainan belum saya main dahulu iaitu, Baling Tin merupakan pengalaman yang baik bagi saya. Untuk kerja kursus, saya telah mencari bahan melalui buku dan laman internet. Dengan ini, saya lebih mengenai permainan tradisional yang lain.Permainan Tradisional telah memberi peluang saya  mengenai maklumat yang lanjut tentangnya.Permainan Tradisional juga telah mengimbas kembali kenangan saya semasa kecil bermain permainan tradisional dengan kawan-kawan saya. Melalui permainan tradisional, saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari untuk mengajar murid-murid saya semasa pratikum. Selain itu, semangat bekerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk menerusi permain tradisional ini. Saya berasa bersyukur dapat memahami permainan tradisional di Malaysia secara mendalam. Saya berasa seronok apabila melibatkan diri dalam permainan tradisional yang disediakan oleh kumpulan yang lain.